Makanan Kesihatan Untuk Miss V

Posted by webmaster 18/03/2019 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,
5 MAKANAN UNTUK KESIHATAN #FARAJ
 
 #TEH HIJAU
 
Catechin (sejenis flavonoid yang memerangi penyakit), dalam minuman ini mempunyai kesan antimikroba yang kuat. Ia  boleh membantu melawan kencing kotor.
 
Menurut satu kajian, dengan minum teh hijau, catechin akan melalui saluran kencing, mengurangkan bakteria dan risiko jangkitan. Anda disyorkan minum 2-3 cawan sehari untuk mengelakkan kencing kotor.
 
 #IKAN TINGGI ASID #LEMAK OMEGA-3
 
Sekiranya anda selalu mengalami senggugut apabila datang bulan, cuba makan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 untuk meredakan kesakitan.
 
Kekejangan ini disebabkan oleh pelepasan prostaglandin ,yang membantu otot-otot rahim untuk mengecut dan lapisan dinding uterus untuk tertanggal.
 
Asid lemak omega-3 dalam ikan salmon dan tuna boleh mengurangkan keradangan. Kajian juga menunjukkan ia dapat membantu melegakan kesakitan.
 
 #PROBIOTIK UNTUK MENCEGAH JANGKITAN YIS
 
Secara semulajadi, faraj kita penuh dengan  lactobacillus, sejenis bakteria baik yang membantu faraj mengekalkan paras pH yang sihat.  
 
Ia juga mempunyai yis yang bernama candida. Biasanya, keadaan berasid dari lactobacillus akan menghalang yis daripada berkembang.
 
Tapi, bakteria baik ini boleh terjejas dan anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan yisapabila anda memakan ubat antibiotik, putus haid, mempunyai kencing manis yang tidak dikawal, menggunakan ubat perancangan keluarga ataupun terapi hormon. 
 
Makanan yang ditapai dan kaya dengan probiotik seperti yoghurt biasa, sauerkraut, kimchi, tempe, dan miso boleh membantu. Ia mengekalkan keseimbangan bakteria yang sihat untuk menggalakkan paras pH yang baik agar menggalakkan pertumbuhan lactobacillus yang sihat.
 
 #SOYA UNTUK FARAJ YANG KERING
 
Kekeringan faraj berlaku apabila badan anda  kekurangan estrogen yang menjaga ketegangan tisu dan pelinciran yang baik. 
 
Bagi mereka yang menyusu, putus haid, melahirkan anak, dan juga menggunakan ubat alahan dan ubat selesema, paras estrogen boleh berkurang.
 
Amalkan memakan produk soya yang tidak diproses seperti edamame organik, tauhu, ataupun tempe. 
 
Produk soya mengandungi sebatian tumbuhan estrogen yang meniru isoflavin. Ia juga bersifat  hidrofilik dan boleh menarik air ke tisu anda.
 
 #EPAL
 
Wanita yang memakan lebih dari satu biji epal sehari lebih senang terangsang dan mempunyai fungsi seksual yang lebih tinggi berbanding mereka yang kurang memakannya.
 
Buah epal mengandungi phloridzin, sebatian yang meniru hormon seks wanita estradiol.
 
Ia juga penuh dengan polifenol yang membantu meningkatkan aliran darah ke faraj, dan menyebabkan wanita lebih senang untuk mencapai klimaks!
 
Jom kita amalkan pemakanan yang sihat untuk faraj ni supaya perkahwinan lebih bahagia.
 
Semoga Bermanfaat! 
 
 
 
#SuzyHoneyHerbs
#TipsKesihatanSuzyHoney

Leave a Comment