Resepi Rebusan membantu utk keseimbangan hormon wanita

Posted by webmaster 18/03/2019 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,
Resepi Rebusan  membantu utk keseimbangan hormon wanita.
 
Bahan-Bahan :
 
Kurma Mekah 5 biji
Kurma merah 5biji
Longan kering 2 sudubesar
Goji  2 sudubesar
Sedikit gula batu
Boleh masukkan daun  pandan jika suka
 
Cara rebusan :
Rebus bahan2 di atas dengan 1 liter air  dgn api yang kecil . Biarkan masak dan menggelegak .
Boleh minum bila2 masa  dalam keadaan suam.
 
Boleh amalkan setiap hari selama seminggu jika suka .Terpulang pada keserasian badan.
Untuk ibu dalam pantang rebusan ini sesuai di amalkan dalam minggu pertama .  
 
Resepi minuman ini bagus untuk masalah anemia, melancarkan pembuangan , 
Bagus untuk meningkatkan stamina Fizikal Dan Libido. Kandungan rebusan ini kaya dgn mineral
Dan kandungan Vitamin .
 
Sangat sesuai digunakan untuk minuman ibu dalam.pantang kerana ianya boleh meriahkan susubadan ( milk booster). Terutama jika ibu yang yg ada masalah baby Kuning ( Jaundice) boleh mengamalkan ini .  Disebabkan ibu dlm pantang tidak boleh mengambil apa2 rebusan akar kayu / ubat periuk dalam tempoh anak jaundice. Maka rebusan ini sesuai di amalkan.
 
#suzyhoney

Leave a Comment