Bahagia itu pilihan ?

Posted by webmaster 16/12/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

" Seronok jadi macam engkau ni. Semua menda kau nak pasti akan dapat. Orang macam engkau banyak duit mesti bahagia"

Ramai orang beranggapan hidup serba mewah itu bahagia.

Kita selalu berfikir bahawa kita akan gembira apabila dapat beli semua perkara yang kita idamkan. Tetapi sebenarnya tidak.

Ia mungkin kelihatan menyedihkan untuk hidup dengan kekurangan. 

Itu hanyalah mainan pada fikiran kita dengan ada segalanya kita akan bahagia ! 

Sebenarnya segala kemewahan dan kebendaan bukanlah penentu  kebahagiaan .

Kita yang menentukan nilai kebahagiaan kita sendiri, jangan pernah menyamakan kehidupan orang lain dengan kehidupan kita.

Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding.

Kita selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada.

Selalunya, kita  selalu melihat rumput dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.

Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya.

Oleh itu, hanya fokuskan terhadap perjalanan hidup kita sendiri.

SuzyHoney
Bahagia itu pilihan

Leave a Comment