10 Khasiat Moringa untuk Kesihatan

Posted by webmaster 03/10/2019 8 Comment(s) Resepi,

Daun kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera merupakan tumbuhan yang mampu merawat masalah kekurangan nutrien dalam badan kerana bersifat antioksidan dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Moringa adalah tumbuhan yang cukup besar berasal dari India utara. Ia juga dikenali dengan nama pokok drumstick, pokok lobak atau pokok minyak. 

 

Moringa sangat menarik dan mempunyai begitu banyak khasiat tersendiri dalam perubatan dan kesihatan manusia, termasuklah:

 

1. Kandungan nutrisi yang tinggi

Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok moringa adalah daunnya. Daun moringa kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A. Kandungan zat dalam 100g daun moringa segar yang dimasak bersamaan dengan kandungan zat  dalam makanan-makanan lain yang bergizi tinggi. Daunnya boleh digoreng  dengan sedikit minyak masak seperti penyediaan bayam. Ia juga boleh direbus dan dijadikan sup. Bukan itu sahaja, daun moringa boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk digunakan dalam masakan lain.

 

2. Menurunkan kolesterol

Kolesterol tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa daun moringa sangat berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol.

 

3. Mencegah diabetes

Serbuk daun moringa dapat mengurangkan tahap lipid dan glukosa serta mengawal selia oksidatif stres pesakit diabetes. Hal ini bermaksud ia boleh merendahkan gula darah dan kolesterol, sekali gus meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.

 

4. Penambah zat untuk ibu hamil

Daun moringa digunakan sebagai penambah zat bagi masalah kekurangan vitamin, terutamanya kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi. Kandungan zat yang tinggi dalam daun dan buahnya membantu ibu hamil atau ibu menyusu mendapat zat tambahan. 

 

5. Melindungi hati

Moringa mengandungi kepekatan polyfenols yang tinggi dalam daun dan bunga. Ia berfungsi  melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan, dan kerosakan. Minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.

 

6. Melawan radikal bebas

Moringa mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polyfenols, dan asid ascorbik dalam daun, bunga, dan benih. Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan  molekul yang menyebabkan tekanan oksidatif, kerosakan sel atau keradangan.

 

7. Melawan keradangan

Radang atau inflammation berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi badan terhadap jangkitan atau kecederaan. Ianya perlu sebagai satu mekanisme pertahanan badan. Namun begitu, masalah akan timbul apabila radang ini berterusan untuk tempoh yang lama. Kajian membuktikan bahawa daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan ketara dalam sel.

 

8. Menstabilkan tekanan darah

Daun moringa dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan. Hal ini kerana tekanan  tinggi boleh menimbulkan banyak risiko, termasuklah penyakit jantung yang membahayakan kesihatan seseorang.

 

9. Membantu sistem penghadaman

Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. Ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman. 

 

10. Menyokong kesihatan otak

Moringa berperanan menyokong kesihatan otak dan fungsi kognitif. Kandungan vitamin E dan vitamin C dapat melawan pengoksidaan yang membawa kepada kemerosotan neuron. Ia juga mampu menstabilkan neurotransmitters serotonin, dopamine dan noradrenalin dalam otak manusia.

8 Comment(s)

Ryzal:
10/12/2019, 05:40:58 PM
Reply

Di mana dapat saya beli ?

RABENA:
06/07/2020, 03:32:39 PM
Reply

BOLEHKAH JUS MORINGGA DI MINUM SETIAP HARI KERANA TAKUT KESAN SAMPINGAN KEPADA BUAH PINGGANG

Norlia:
17/11/2023, 06:51:28 PM

Saya pernah cuba buat daun teh. Saya pening dan mabuk tidur seharian dari jam 10am sampai jam 3pm. Rupanya daun ni perlu dimasak atau rebus. So hati2 ya. Jika masak lemak daun atau buah ok je . So jgn minum mentah atau jus. Ada kes sampai masuk hospital.

sita:
27/07/2020, 06:00:19 PM, tiada
Reply

adakah memakan secara langsung daun dan buah sertu pucuk pokok moringa ni tidak memberi kesan negatif pada tubuh...

zul muhammad:
24/12/2020, 02:19:08 AM, www.zulmuhammad.com
Reply

belakang rumah saya ada pokok ni..mak slalu amik buat sayur..blh jugak letak dlm telur goreng..kalo xsilap di afrika, orang bina badan amalkan makan daun ni sbb kaya dgn protin..

Sarina hamzah:
16/01/2021, 12:13:25 AM
Reply

Untuk yang mempunyai masalah jangkitan kuman pada saluran kencing bagaimana pengunaan minyak tersebut. Ada disapu atau diminum? Tq

Sarina hamzah:
16/01/2021, 12:15:13 AM
Reply

Sekiranya mempunyai masalah jangkitan kuman pada saluran kencing bagaimana kah pengunaannya..adakan perlu diminum atau disapu sahaja..tq

Raja adnan:
02/10/2021, 11:33:50 AM
Reply

Daun marunggai kebanyakkan digunakan utk rawatan utk menguatkan stamina tenaga dalaman lelaki....berfungsi utk menguatkan zakar...dan membanyakkan air mani...dan ramai percaya ketegangan dan keampuhan zakar menjadi se maksima mungkin....cuma perlu amalkan memakannya...rasanya enak jika dicampur dgn telor dan goreng.

FrRafizan:
13/12/2023, 09:23:13 PM
Reply

Untk pesskut jantung boleh ke amalkan

Leave a Comment