Smoothies Glowing

Posted by webmaster 30/09/2020 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

Saya mahu berkongsi satu resepi smoothie yang bukan sahaja bagus
bagi yang sedang menurunkan berat badan tetapi untuk kecantikan kulit
terutama untuk glowingkan wajah. 

Khasiat buahan untuk resepi smoothie hari ini ialah :

Nenas:
Kajian saintis mendapati nenas mengandungi bromelain iaitu sejenis
enzim pembakar lemak. Enzim bromelain ini membantu dalam proses penyingkiran
lemak dengan memecahkan tisu sel lemak tersebut.

Plum:
Buah plum tinggi karbohidrat, rendah lemak dan rendah kalori.
Plum juga merupakan sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium,
besi, kalium dan serat. Bagus untuk pencernaan.

Delima:
Penyelidik di University of Edinburgh mendapati buah delima mempunyai
keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut.
Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima dapat merangsang,
menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit

Caranya:
Setiap buahan di atas  di ambik sedikit dengan sukatan secawan
dan di blender dengan sedikit air kosong.
Setiap bahan di atas di blender secara berasingan.

Kemudian untuk kelihatan menarik gunakan corong minyak
untuk di tuangkan setiap smoothie yang sudah diblenderkan.

Resepi ini memang sedap dan mudah dibuat .
Setelah di blender boleh terus minum. 

SuzyHoney
Nak kulit glowing harus terlebih rajin

Leave a Comment