Ujian Tanda Kasih

Posted by webmaster 17/11/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Hidup ini sebenarnya kesemua yang ditakdirkan Allah SWT itu indah belaka.
Dia menghantarkan ujian demi ujian tanda kasih sayangNya kepada setiap hambaNya.

Semoga perkongsian ini beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai seorang Muslim
apabila ditimpa apa jua musibah. Antaranya seperti berikut :

1. Bangun malam dan solat sunat Tahajjud.

2. Bertaubat atas segala khilaf yang dilakukan.

3. Tidak meninggalkan solat fardhu lima waktu.

4. Melatih diri untuk membaca al-Quran pada setiap waktu selepas solat fardhu atau ketika waktu lapang.
Ini kerana Al-Quran adalah salah satu ‘ubat penawar’ buat hati yang berduka.

5. Sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah.

6. Berfikiran positif dan yakin bahawa segala yang ditakdirkan kepada kita itu
adalah untuk meningkatkan iman dan mendekatkan diri kita kepadaNya.

7. Bersedekah walaupun sedikit. Mengikut kemampuan.

8. Sentiasa berbuat baik tanpa mengharapkan apa jua balasan.

9. Mempertingkatkan amal ibadah termasuk amalan sunat bagi menampung ibadah fardhu yang wajib.

10. Bersyukur di atas segala nikmat dan apa jua yang kita miliki.

11. Bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri.

12. Meletakkan kebergantungan hidup kita kepada Allah dengan diiringi usaha dan tawakal.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

SuzyHoney
Akhirnya kita akan pergi jua..

Leave a Comment