Hempedu Bumi Research

Posted by webmaster 09/02/2021 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

Penuntut pascasiswazah Doktor Falsafah di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya,
Tee Khim Boon telah berkongsi hasil penyelidikannya mengenai hempedu bumi.
Ujar Khim Boon, tumbuhan berkenaan mengandungi sebatian metabolit sekunder yang spesifik dalam
kumpulan terpenoid yang dikenali sebagai andrografolida, deoksiandrografolida, neoandrografolida dan andrograpanin.

Selain itu, terdapat juga sebatian kimia lain yang memperlihatkan ciri-ciri bioaktiviti seperti antimalaria,
antikanser, antihipertensi dan perlindungan fungsi hati. Antara khasiat lainnya ialah:

1. Menurunkan paras gula
Kajian klinikal menunjukkan tiada kesan sampingan atau toksik ke atas pesakit. Namun, paras gula selepas
puasa dan hemoglobin A1c yang digunakan untuk memantau glukosa pesakit kencing manis telah menurun secara signifikan.

2. Perlindungan fungsi hati
Herba itu telah diuji keberkesanannya ke atas perlindungan fungsi hati (hepatoprotective effect)
seperti jangkitan hati kronik disebabkan virus hepatitis B.

3. Kurangkan jangkitan saluran pernafasan
Kajian klinikal menunjukkan pengurangan simptom batuk, selesema, sakit kepala, demam,
sakit tekak, keletihan dan gangguan tidur secara signifikan. Kesannya selepas lima hari pengambilan herba
itu ke atas pesakit jangkitan saluran pernafasan.

4. Kurangkan sakit sendi (artritis)
Dalam satu kajian klinikal ke atas pesakit artritis telah menunjukkan pengurangan sakit sendi dan sakit lutut
selepas pengambilan herba itu.Hempedu bumi dapat bertindak sebagai komplemen semula jadi untuk pesakit artritis
mengurangkan simptom-simptom sakit sendi.

5. Mengurangkan kolitis ulseratif
Menurut laporan satu kajian klinikal, pesakit kolitis ulseratif yang menimpa pada usus besar dan rektum
jenis ringan hingga sederhana yang mengambil herba itu pada dos tertentu, telah menunjukkan tindak balas positif.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/39544/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Nilai-tinggi-dalam-perubatan-moden

Sinarharian (https://www.sinarharian.com.my/article/39544/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Nilai-tinggi-dalam-perubatan-moden)
Nilai tinggi dalam perubatan moden
'RAJA herba pahit' diperakui bermanfaat sejak turun-temurun

Leave a Comment