100 Top CEO

Posted by webmaster 17/11/2021 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Sungguh saya terharu dan tak sangka SuzyHoney sampai ke tahap ini!
Tersenarai di antara 100 Top CEO dalam bidang kecantikan dan herba sememangnya satu catatan sejarah yang takkan saya lupakan.

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ini pada Allah SWT. Dia mendengar, membantu dan melancarkan segala-galanya untuk usaha ini. 
Sebuah kebahagiaan saya apabila menerima sokongan penuh dari suami, anak-anak, keluarga dalam tiap jerih payah saya membesarkan SuzyHoney

Dan paling teristimewa adalah keluarga besar saya di SuzyHoney terutama team kesayangan dan semua pengguna SuzyHoney dari seluruh pelusuk Malaysia, Indonesia, Brunei dan lain-lain.
Mereka ini adalah tulang belakang saya. Menjadi asbab kekuatan saya sehingga mampu meraih kejayaan di luar jangkaan ini.

Daripada kejayaan ini, SuzyHoney akan melangkah lebih jauh lagi dan kami telahpun sempurnakan beberapa perancangan tersendiri terutama untuk Tahun 2022 nanti. Semua telah kita kukuhkan demi memberikan yang terbaik pada masyarakat dan seluruhnya. Seperti biasa, saya dan semua team amat amat mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk sertai SuzyHoney.

Kita sentiasa buat yang terbaik untuk kukuhkan ekonomi masyarakat terutama untuk ekonomi orang Islam.
SuzyHoney adalah sebuah bentuk perjuangan dalam membantu para wanita bahkan para lelaki juga untuk tampil lebih sihat, cantik, segak melalui amalan herba tradisional seperti yang telah nenek moyang kita wariskan kepada kita.

Doakan SuzyHoney semakin maju kehadpan dan semakin besar lagi ya.
Supaya kita boleh bantu lebih ramai orang dan sentiasa menjadi asbab manfaat untuk sesiapa sahaja yang memerlukan.

SuzyHoney,
Kesyukuran tak terhingga, Ya Allah!

Leave a Comment