Resepi mudah lagi berkhasiat

Posted by webmaster 25/09/2019 0 Comment(s) Resepi,

Saya suka mengamalkan resepi sihat  yang mudah di buat . Kebanyakan resepi hanya dapatkan bahan yang sudah tersedia di dapur sahaja.

 

Resepinya pula sesuai untuk minuman kesihatan seisi keluarga.  Yang paling penting ialah bahannya  sangat menyihatkan tubuh badan pengamal.

 

Di antara bahan ialah :

 

1) Barli - Merupakan sejenis bijirin yang kaya dengan vitamin mineral semulajadi . Boleh membantu membakar lemak dengan cepat  bagi yang sedang diet. Menurunkan paras kolestrol juga  masalah kencing kotor . Menyejukkan tubuh juga cantikkan kulit.

 

2) Kurma Cina -  bagus untuk proses penyembuhan  badan terutama jika lepas bersalin atau sakit  yang serius  dan juga masalah saraf. Wanita lepas bersalin sesuai mengamalkan ini. 

 

3) Daun Pandan - Bukan sekadar penyedap bau masakan sahaja tetapi ada khasiatnya yang tersendiri .   Di antara khasiatnya ialah membersihkan usus , membuang angin dan di percayai sesuai untuk awet muda.  Juga membantu orang berpenyakit Insomnia  dan stress

 

Ini cara dan resepi mudah lagi berkhasiat :

 

Resepinya :

2 atau 3 sudu besar bijirin barli

2 biji kurma cina

1 helai daun pandan.

 

Di rebuskan dengan setengah liter air. 

Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih. 

 

Tidak perlu menambah gula lagi kerana  kurma cina sudah cukup menjadikan minuman tersebut rasa manis-manis buah.

 

SuzyHoney

Barli memang feveret saya.

Leave a Comment