Semua tempahan yang dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya boleh dihantar melalui servis kurier sahaja.

Khasiat Daun Puding Semangkuk

Posted by webmaster 30/03/2020 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,Coretan Suzyhoney,

Bila rambut asyik gugur je, orang zaman dulu suka petik Daun Puding Semangkuk ni. Caranya mudah je, kita amalkan dengan cuci rambut dengan daun yang telah dihancurkan. 

Bagi yang kencing tak lawas tu, elok juga makan pucuk atau daun muda ini sebagai ulam. Kalau yang ada masalah bengkak pada buah dada pula, boleh diusahakan dengan hancurkan daun dengan minyak kelapa dan kunyit. Kemudian tampal pada bahagian bengkak. 

Daun ini kerap tau menghiasi halaman rumah masyarakat dulu. Ia dijadikan tanaman pagaran lah gitu. Selain sifatnya yang senang membiak, ia boleh disemai di dalam polibeg atau tanam dalam pasu.

Bagi masyarakat Johor pula, daun ini memang sangat sinonim tau untuk dijadikan ramuan dalam makanan tradisi mereka iaitu botok-botok. Ia adalah salah satu hidangan yang menghimpunkan pelbagai jenis daun dan ulaman seperti pucuk puding, labu dan sebagainya. Sebab itu Perdana Menteri kita asal sana, eh (apa kaitan) ? Hehe gurau je.

Mungkin hari ini Puding Semangkuk ini dah dilupakan oleh orang kita. Sayangnya ia adalah tumbuhan yang penuh dengan khasiat berguna.

Memandangkan alam dah semakin pulih ni, jom kita pelihara sekitar kita dengan tumbuhan yang menyihatkan badan, nak? 

Semoga bermanfaat ya dik.

Gambar : Google 

SuzyHoney, 
Pencinta tumbuhan nenek moyang kita.
#catatanherba

Leave a Comment