Makanan Yang Menghalang Serangan Selsema

Posted by webmaster 02/04/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Satu kajian menunjukkan  pengambilan suplemen bawang putih selama sekurang-kurangnya 12 minggu boleh menghalang anda terkena penyakit selsema kerana 
bawang putih menghasilkan antioksidan yang kuat yang melindungi tubuh daripada diserang kuman.

Selain itu anda juga boleh mengambil teh hijau kerana ia mengandungi Catechin yang merupakan antioksidan yang membantu mencegah virus. 

Bukan itu sahaja pengambilan buah-buahan sitrus seperti oren juga boleh membantu menghalang selsema kerana khasiat vitamin C yang tinggi boleh menguatkan sistem imun tubuh.

Tambahan lagi anda juga boleh mengambil madu kerana madu merupakan antibiotik yang kuat dan ia lebih baik dari ubat batuk. Ia dapat mengurangkan batuk, selsema dan sakit tekak.

Semoga bermanfaat!

#SuzyHoneyHerbs
#TipsKesihatanSuzyHoney

Leave a Comment