SUZYHONEY DI SINAR HARIAN

Posted by webmaster 26/10/2021 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Bermula dari 2015 sehinggalah ke hari ini , tanpa rasa penat lelah atas semangat yang
sentiasa membara SuzyHoney terus melangkah ke hadapan. Dengan sokongan yang tidak
berbelahbagi dari suami, anak-anak juga keluarga tersayang dan semestinya dari barisan
semua kakitangan, mentor , stokis juga semua agent SuzyHoney sangat di hargai.

Bila ditanya mengenai perniagaan, apakah yang sangat penting?

1. Buat bisnes yang disukai menjadikan semangat terus membara .
   Apa sahaja halangan yang datang kita terus hadapi dengan tabah.
   
2. Berada dipersekitaran yang positif menjadikan diri kita secara tidak
   langsung sentiasa bermotivasi.

3. Berniaga perlukan ilmu. Jangan berhenti belajar di samping menjadikan pengalaman
   jerit perih sebagai pedoman untuk berjaya.
   
4. Yakin dengan konsep rezeki yang Allah taala berikan kepada setiap manusia.
   Usaha tangga kejayaan.
   
5. Sanggup bersusah payah. Bukan senang nak capai kejayaan. Jangan mudah putus asa.


Saya akan pastikan SuzyHoney terus berjaya dan ramai yang akan dapat
menikmati manfaat bersama.
Alhamdulillah.

SuzyHoney
Mohon doa dari semua

Leave a Comment