Bagaimana rempah menguatkan sistem imun tubuh?

Posted by webmaster 11/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

"Bagaimana rempah menguatkan sistem imun tubuh?"

Bunga lawang merupakan rempah ratus yang popular untuk menjadi bahan perasa untuk masakan. Ia bertindak sebagai antiviral dan mengandungi antioksidan yang tinggi untuk membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

Selain itu, jintan manis juga boleh membantu melegakan simptom selsema. Ia juga boleh mengurangkan masalah cirit-birit, demam dan sakit perut. Ia mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai agen anti-radang.

Bukan itu sahaja rosemary juga dikatakan mempunyai kesan anti-radang dan kaya antioksidan. Kesan anti-radang ini membantu sistem pencernaan dan usus yang lebih baik yang membawa kepada peningkatan sistem imun tubuh anda.

Semoga bermanfaat!

#SuzyHoney

Leave a Comment