Semua tempahan yang dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya boleh dihantar melalui servis kurier sahaja.

5 PERSIAPAN JIKA BERCERAI USIA MUDA

Posted by webmaster 11/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Bercerai bukanlah pengakhiran yang baik dalam rumahtangga. Namun hari ini, terlalu banyak kes yang tak mampu tercapai oleh akal fikir manusia. Hingga pada tahap, ada yang rela menjanda dari jadi seorang isteri yang diisi derita. Lebih menyedihkan jika ia berlaku pada pasangan yang baru berkahwin. 

Jika itu berlaku dalam hidup anda sekarang ini, siapkan 5 langkah ini : 

 

1. JAGA KESIHATAN FIZIKAL MENTAL 

Kesan pasca perceraian ini biasanya membawa kepada stress yang kuat. Hingga akhirnya boleh menyebabkan depresi kepada wanita.  

Kita perlu selalu ada mindset untuk sihat. Dengan ada kesihatan yang mencukup saja, membolehkan kita untuk bekerja dan jaga zuriat tercinta.  

Jangan disebabkan kesengsaraan kita, anak kita turut mendapat tempiasnya. 

Fikirkan bahawa anda kini telah lepas dari sebarang tanggungjawab bahkan rasa kesengsaraan. Maka anda hidup semula dengan suasana yang baharu. Anda bebas tanpa dipenjara oleh orang lain yang mungkin selama ini menyekat diri anda dari menjadi diri sendiri. 

Momen ini anda patut raikan. Dan jalani dengan jiwa yang baharu. 

 

2. TETAP BERSABAR DAN TENANG DENGAN UJIAN 

Setiap ujian yang hadir dalam diri seorang wanita itu sebenarnya ia adalah anugerah dari Allah SWT. Usah kita memandangnya sebagai hukuman namun laluinya dengan penuh senyuman.  

Ia tanda bahawa kita dipilih untuk dirahmati olehNya. Dan selalu ingat bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya di luar kemampuan seseorang itu.  

Maka kita mampu lalui ini. Terima dan tetap bersabar dengan segala ujian. Pasti ada cahaya dihujung lorong gelap hidup ini. Jalan terus. 

 

3. CARILAH MEREKA YANG BOLEH DIPERCAYAI 

Kadangkala, dalam waktu begini, kita jadi buntu. Maka pergilah kepada orang yang arif atau dah makan asam garam lebih dari kita terutama ibubapa kita, keluarga atau sahabat handai yang solehah.  

Kita sebenarnya tak perlukan solusi atau jawapan sebenarnya, hanya cukup seseorang untuk mendengar dan memberi pandangan saja atas apa yang kita lalui. 

 

4. BERI RUANG REHAT BERSAMA ANAK 

Jika waktu ini anda telah punya anak, nikmati waktu ini dengan sesungguhnya. Anda adalah tempat bergantung buat si anak kecil. Masa inilah untuk anda beri perhatian pada setiap suka duka yang di alami olehnya. 

Bina 'precious bonding' (ikatan berharga) yang tak pernah dia rasa selama ini.  

 

5. BUAT SIMPANAN YANG BANYAK UNTUK MASA DEPAN DIRI DAN ANAK 

Masa inilah anda perlu cari duit yang mencukupi untuk keluarga. Jika ada pekerjaan tetap, alhamdulillah. Namun jika tiada, anda perlu perbanyakkan usaha.  

Bagusnya hari ini, ada banyak kursus online bagaimana seorang surirumah boleh buat duit hanya melalui menjadi agen atau dropship. Boleh buka di Facebook, Instagram bahkan di Youtube. Semua banyak juga tutorial percuma yang mudah untuk kita pelajari. 

Buat semua wanita yang diuji, ini adalah tanda bahawa rahmat Allah bersama kita. Janganlah berharap pada bekas pasangan untuk hadir semula. Hanya terima bila dia benar-benar insaf.  

Selebihnya, lalui hidup sendiri dengan kecekalan di hati. Kita mampu! 

 

SuzyHoney,  

Wanita hebat adalah wanita yang siap sedia semua perkara.

Leave a Comment