Semua tempahan yang dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya boleh dihantar melalui servis kurier sahaja.

7 PETANDA BADAN SUBUR DAN SEDIA HAMIL

Posted by webmaster 17/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Banyak tau tanda untuk kita tahu kesuburan badan berada pada tahap tinggi atau tak. Secara sedar atau tidak, petanda ini mesti kita pernah atau selalu alami. Namun kita tak pernah 'take note' betul-betul. Ini 7 petanda yang wajib anda tahu:

 1. LENDIR FARAJ BANYAK DAN JERNIH

Pada waktu nak period tu, anda lihat banyak lendir faraj berwarna jernih dan tiada bau. Itu tanda anda memang subur. 

Lendir ini bermaksud kelenjar servik berada dalam keadaan sihat dan hormon estrogen dihasilkan dengan baik.

 

2. DARAH HAID KELUAR TIDAK SECARA BERLEBIHAN

Orang kata, 'just nice' keluarnya. Taklah terlalu banyak sebab badan yang subur adalah bila kita memiliki dinding rahim yang tebal supaya embrio janin boleh buat implan dengan mudah hasil dari persenyawaaan.

Iyalah, bila darah banyak yang keluar ketika haid, dinding rahim akan nipis dan buatkan embrio sukar untuk implan.

 

3. HAID SENTIASA TERATUR

Kitaran haid teratur dan sentiasa tepat setiap bulan. Itulah tanda anda memang subur.  Biasanya kitaran tersebut adalah setiap 25 ke 35 hari. 

Ia tanda bahawa anda ada ovari yang kuat dan boleh tampung banyak sel telur. 

 

4. TAK PERNAH SAKIT PADA KAWASAN PELVIS

PMS dan sengguggut sewaktu haid adalah berbeza dengan sakit kat kawasan pelvis tu. Jika teruk rasa sakit pada pelvis tu dan makan masa yang lama, ia dikhuatiri ada petanda cyst pada ovari atau endomestriosis.

Bagi yang tak pernah rasa sakit begini, memang anda subur sentiasa.

 

5. TIDAK PERLUKAN BANTUAN PROGRAM HAMIL

Walaupun guna perancang keluarga, tetapi anda tetap hamil. Hehe! Ini memang tanda tubuh badan anda subur sangat hingga apapun alat perancang keluarga tidak berjaya untuk halang dari anda hamil. 

Boleh juga anda refer pada doktor tentang alatan apa yang lebih sesuai dengan anda atau minta saja suami anda pakai alat cegah hamil. 

 

6. ADA BENTUK PAYUDARA YANG IDEAL

Selain ia sebenarnya jadi aset untuk diri anda, ia juga sebagai penentu keadaan hormon badan anda. Bentuk payudara yang baik menandakan hormon anda juga bekerja dengan baik.

Tapi jangan salah faham pula, saya tak maksudkan yang bersaiz kecil itu tidak subur. Cuma wanita yang ada bentuk bulat yang sempurna ada peluang yang tinggi untuk hamil berbanding lain. 

 

7. ADA REKOD KESIHATAN YANG BAIK

Jika anda seorang yang sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, sudah pastinya kesihatan anda juga akan jadi lebih baik. Ditambah pula jika anda jenis orang yang gemar memakan ulaman dan sayuran sihat.

Kemudian doktor turut mengesahkan bahawa anda bebas dari sebarang penyakit. Itu juga tanda anda juga sudah bersedia untuk hamil.

Jadi, macamana? Anda ada semua petanda ini? Hehe dah bersedialah tu untuk berbadan dua.

 

SuzyHoney, 

Yang penting jaga kesihatan ya sis!

Leave a Comment