7 LANGKAH ELAK KONFLIK RUMAHTANGGA

Posted by webmaster 17/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Sungguh kita juga tidak mahu perkara ini menjadi besar. Seperti yang diuarkan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang menerima 14 peratus peningkatan bilangan panggilan dan aduan berhubungan kes keganasan rumah tangga dalam tempoh PKP ini. 

Ini yang kita perlu lakukan dalam rumahtangga untuk elak konflik ini berterusan: 

 

 1. SELALU BERSYUKUR SAAT MENDAPAT NIKMAT 

Dalam tempoh ini, kita patut raikan nikmat dapat berkumpul bersama-sama dalam rumah. Jika kebiasaannya, kita sentiasa disibukkan dengan kerja. Kadang baru malam baru dapat berbual sama atau bermain dengan anak-anak.

Tempoh PKP ini adalah satu anugerah yang Allah beri iaitu masa. Dan masa ini perlu diisi dengna membersihkan rumah, memasak dan melakukan kerja rumah bersama-sama.

 

 2. SENTIASA BERSABAR DENGAN SEGALA KESULITAN

Iya, kita mungkin hilang punca pendapatan. Komitmen pula tinggi. Makan minum jadi sedikit dan terpaksa ikat perut lebih. 

Apa yang boleh kita buat adalah dengan bersabar dan mula guna akal fikir sihat kita cari jalan keluar bagi tambah pendapatan. 

Sekarang ini ada macam-macam ilmu untuk berniaga online. Pilih yang mana paling dekat dengan diri dan kapasiti kita. Usaha terus. 

 

 3. BERTAWAKAL DENGAN SETIAP PERANCANGAN

Allah sangat suka kepada orang yang suka merancang sesuatu. Sebab dengan merancang kita akan gunakan berfikir dan iktihar terlebih dahulu.

Orang yang gagal merancang, merancang untuk gagal tau sebenarnya. Biasa dengar kan? Jadi jangan duduk diam dan meratapi serta mengeluh saja.

Fikir dan usaha. Minta pandangan ahli keluarga yang lain atau pun sahabat handai yang boleh dipercayai. Keluar dari kepompong kebiasaan kita.

 

 4. BERBINCANG DAN BERMESYUARATLAH

Suami adalah pemimpin dalam rumah tangga. Seorang pemimpin perlu berani buat keputusan penuh strategi. Alangkah mulianya jika suami mengajak isteri dan anak duduk berbincang bagi memberi pandangan terhadap perjalanan sesebuah insititusi kekeluargaan.

 

 5. PENUHI JANJI

Ia adalah bukti kemuliaan seseorangan. Kita wujud atas dunia ini pun atas janji setia yang telah kita meterai dengan pencipta kita.

Maka kita sebagai wanita, perlu ingatkan suami kita tentang janjinya selalu. Berkatalah dalam paling lembut dan berhemah dalam menyantuni suami kita. 

Begitu juga dengan suami, perlu berlembut dalam berbicara. Tegas boleh, namun kena pada tempatnya.

 

 6. SALING BERMAAFAN

Bukan tunggu raya nanti. Namun mohon maaf setiap kali penghujung hari iaitu sebelum tidur. Biarpun takda salah silap, kita tetap mohon saja.

Iyalah, kadangkala ada 1 kebaikan yang kita buat, kita tak sedar mungkin ada 9 keburukan yang kita lalukan pada hari tersebut.

Maka minta maaf saja. Pasti lambat laun pasangan kita akan lembut hatinya. Dan dia juga turut akan memohon maaf kepada kita. Saling bermaafan dan perbaiki hari esok lebih baik dari hari ini.

 

 7. SEGERA BERTAUBAT 

Ambillah ruang dan peluang ini untuk solat berjemaah selalu dalam satu keluarga. Akhiri juga amalan kita dengan perbanyakkan solat sunat Taubat. 

Moga dengan amalan tersebut, doa-doa kita dimakbulkan dan terhapuslah dosa-dosa lama yang mungkin selama ini mendinginkan rumahtangga kita.

Namun jika kalian berterusan menjadi mangsa dalam keganasan rumahtangga, segeralah berhubung di Talian Bantuan WAO 03-7956-3488 atau menghantar Whatsapp terus ke +6018-988-8058. Kalian juga boleh hubungi Talian Nur di 15999 atau hubungi 999 dan segera ke balai polis berdekatan.

 

SuzyHoney,

Doa untuk kesejahteraan rumahtangga adik-adik semua.

Leave a Comment