Semua tempahan yang dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya boleh dihantar melalui servis kurier sahaja.

HULURKANLAH TANGAN MU

Posted by webmaster 22/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Jika saat ini kita sudah boleh keluar semula mencari rezeki, lihatlah di sekeliling dalam perjalanan kita.

Jika ada gerai atau warung yang berdiri teguh di tepi jalan, ambillah masa seminit dua.

Berhenti dan beli.

Kita tidak pernah tahu apa yang dihadapi oleh penjual tersebut. 3 bulan tanpa berniaga,sudah pasti terbeban dengan segala macam hal.

Mungkin dengan kehadiran kita ini bukan saja sebagai pembeli, tetapi sebagai pembuka rezekinya yang selama ini terhalang gara-gara Covid-19 ini.

Hari ini, kita sambutlah tangan-tangan mereka yang berusaha mencari rezeki. Mungkin selepas ini, Allah luaskan pula pintu rezeki buat kita.

Akhirnya kita semua mampu tersenyum atas kurniaan rezeki dari Maha Esa. Nikmat yang hilang sepanjang PKP, telah kita perolehi sedikit demi sedikit.

Perasan tak, kita jadi orang yang lebih menghargai. Inilah nilai yang sukar kita galas ganti.

Dunia telah berubah, dan pastinya kita juga turut berubah. Ke arah kebaikan. InsyaAllah.

 

SuzyHoney,

Kembalilah senyuman setelah mengharungi ujian wabak ini.

Leave a Comment