Semua tempahan yang dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya boleh dihantar melalui servis kurier sahaja.

RAHMAT DI ATAS REZEKI

Posted by webmaster 22/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Dimana pun kita, siapapun kita. Yakinlah bahawa rezeki tidak pernah salah alamat. Jom kita semak 5 tanda rezeki sentiasa dimurahkan:

1. KESEJUKAN HATI YANG SUKAR DICARI GANTI

Hati mula rasa tenang damai. Itulah rezeki paling utama yang dikehendaki oleh sesiapapun manusia atas mukabumi. 

Kita pergilah mana pun, pusing keliling dunia nak cari tempat paling aman, namun jika hati sendiri tak rasa aman, pergi mana pun tetap rasa sama.

 

2. KERJA DIPERMUDAHKAN

Urusan kita mencari rezeki semakin dipermudahkan. Hasil atas usaha kita sentiasa mengalir dan tak putus seperti air zam-zam.

 

3. KUANTITI SEDIKIT PUN RASA CUKUP

RM1 yang berkat, adalah lebih baik dari RM100 yang tak diberkati. Kadang kita lihat duit sedikit itulah yang tak pernah habis namun bila ada duit banyak pula, hilang macam itu je. Tak nampak bayang.

 

4. DIKURNIAKAN KESIHATAN BERPANJANGAN

Tubuh badan yang sihat adalah dari pemakanan yang selamat dan bersih. Dan itu semua dari sumber yang halal dan diberkati.

 

5.  DISENANGI OLEH ORANG SEKELILING

Kehadiran yang selalu diraih, dan pemergian kita ditangisi. Kita hadir membawa rezeki. Bukan dalam bentuk kewangan namun dalam bentuk ketenangan jiwa dan kegembiraan perasaan.

 

Semoga kita semua sentiasa mendapat rezeki yang diberkati dan dipanjangkan umur dengan limpahan keberkatan dari Allah SWT.

 

SuzyHoney,

Rezeki tak pernah salah alamat.

Leave a Comment