Bahagia buat semua

Posted by webmaster 29/11/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Rasa gembira dalam hidup ni bukanlah disebabkan memiliki apa yang kita mahukan.

Namun mahukan apa yang kita miliki. Iya, rasa terus menerus mahukan apa yang kita sudah ada.

Rasa ikatan itu kuat, memeluk jiwa kita hingga rasa tenang dan damai. Kehadirannya membawa segala kecukupan.

Kita tidak lagi meminta-minta perkara yang tiada. 

Cukuplah ada dia, yang melengkapi segala perkara.

Hargai tiap momen bersamanya. Ia adalah penguat untuk kita semua terus hidup di atas dunia ini. 

Pagi ini, kucuplah orang tersayang kita.

Suami kita, mak ayah kita yang masih ada, anak-anak kita atau sesiapa sahaja yang kita cintai.

Merekalah bukti bahawa cinta itu wujud. Moga Allah sentiasa melindungi dan memberi rahmat buat mereka semua. 

SuzyHoney,
Salam bahagia buat semua.

Leave a Comment