Sayuran Membantu Menurunkan Berat Badan

Posted by webmaster 11/02/2021 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

"Jenis-jenis Sayuran Yang Membantu Menurunkan Berat Badan"

Sistem pencernaan yang lancar dan pembuangan toksin yang lawas sangat membantu penurunan berat dengan lebih cepat.

Oleh itu anda memerlukan sayuran berdaun hijau yang mengandungi kandungan serat, vitamin A dan C yang tinggi seperti

bayam dan sawi.

Selain itu anda juga boleh memasukkan timun dan saderi ke dalam diet setiap hari kerana sayuran hijau ini membantu

hidrasi tubuh dan memberi rasa kenyang yang lebih lama disamping membantu pengeluaran toksin yang baik dari tubuh melalui

air kencing.

Sayuran hijau lain seperti asparagus juga tinggi kandungan serat yang membantu melancarkan sistem pencernaan.

Ia juga sesuai untuk menu diet kerana mempunyai kandungan kalori yang rendah, tidak mengandungi lemak atau

kolesterol, serta memiliki kandungan sodium yang sedikit. 

Selain sayuran hijau, sumber karbohidrat dari ubi-ubian seperti kentang juga sangat sesuai untuk

anda yang sedang berdiet.  Kentang merupakan karbohidrat kompleks yang boleh membuat anda rasa kenyang lebih lama.

Semoga bermanfaat!

#SuzyHoneyHerbs
#TipsKesihatanSuzyHoney

Leave a Comment