Makanan Yang Anda Boleh Ambil Sejurus Selepas Bersalin

Posted by webmaster 11/06/2020 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

"Makanan Yang Anda Boleh Ambil Sejurus Selepas Bersalin"

 

 

1. Sup Ayam

 

Sup boleh menghidratkan kembali tubuh badan yang banyak kehilangan cecair sewaktu bersalin. Manakala garam di dalam sup boleh menggantikan elektrolit dalam tubuh badan secara semulajadi. 

 

2. Biskut Masin

 

Jika minum sup boleh membuatkan tubuh badan anda berpeluh dan kurang selesa anda boleh makan biskut masin untuk mendapatkan karbohidrat segera dan elektrolit sebagai penambah tenaga.

 

3. Kurma

 

Makan kurma sejurus sahaja selepas bersalin boleh mengurangkan kehilangan darah dan pendarahan. Kurma merupakan sumber gula yang boleh memberikan tenaga selepas bersalin. 

 

4. Epal

 

Epal mempunyai kandungan serat yang baik untuk penghadaman. Bukan sahaja  membantu menghidratkan kembali tubuh tetapi karbohidrat di dalamnya juga dapat menambahkan tenaga.

 

 

Semoga bermanfaat!

 

#SuzyHoneyHerbs

#TipsKesihatanSuzyHoney

Leave a Comment