10 Tips Untuk Bakal Bapa

Posted by webmaster 02/07/2020 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

Untuk hadapi saat bersalin, bukan setakat ibu kena buat banyak persiapan, tetapi bakal bapa pun kena ambil tahu banyak perkara tau. Takdalah beban ke wanita saja. Tak gitu? 

Jom kongsi 10 perkara ini buat suami kesayangan kita:

 1. PERSIAPAN DIRI SETELAH MENDENGAR BERITA KEHAMILAN

Jangan fikir ini terlalu awal untuk seorang lelaki. Pada saat dah disahkan isteri mengandung, maka lelaki kena ada persiapan mental, emosi, kewangan yang mencukupi bagi mengharungi perjalanan 9 bulan bersama isteri yang bakal sakit dan sarat mengandung.

Itu belum lagi waktu bersalin dan selepas dikurniaan anak. Perhatian pada isteri dan anak akan jadi berlipat kali ganda. Jangan buat main. 

 2. JANGAN TENGOK BILA ISTERI BERSALIN CZER

Sebaiknya tak usahlah lihat isteri yang melakukan pembedahan czer. Lagi-lagi jenis laki yang lemah semangat. 

Sewaktu pembedahan, lebih elok suami banyakkan berdoa agar proses dilancarkan. Waktu ini kita serahkan pada doktor dan jururawat yang berpengalaman melakukan hal ini.

Suami hanya boleh beri kata semangat saja kepada isteri sebelum caesarean bermula.

 3. KAJI TENTANG PROSES BERSALIN

Hanya suamilah yang bertuah boleh menemani isteri dalam labour room. Melahirkan anak adalah satu perjuangan bagi seorang isteri. 

Maka suami perlu tahu banyak perkara untuk menenangkan isteri sewaktu isteri sedang sakit dan meneran banyak kali.

Tanpa ilmu, suami boleh jadi kelam-kabut dan pucat lesu hingga mampu beri tekanan buat isteri.

 4. JANGAN KECOH DALAM HOSPITAL

Kadang ada juga para suami yang tak puas hati dengan pihak hospital. Semata-mata risau isteri tak dijaga rapi oleh mereka.

Dalam tempoh ini, serahkan saja pada kepakaran doktor dan jururawat mengendalikan proses bersalin isteri.

Fokus pada beri sokongan emosi kepada isteri yang bakal bersalin.

 5. BERTENANG JIKA DIMARAH ISTERI

'Dia bukan dia'. Kena selalu ingat hal ini. Perit dan tekanan sewaktu nak bersalin ni tak boleh dibuat main. Kadangkala isteri tak boleh kawal emosi hingga termarahkan suami tanpa sebab.

Fasa ini fasa perubahan hormon yang amat dasyat. Ini yang suami kena wajib hadamkan betul-betul.

Bersabarlah dan selepas si kecil lahir, pasti isteri tersenyum semula.

 6. EPISIOTOMI

Jika suami berada di samping isteri waktu bersalin, pandanglah tempat lain bila doktor sebut perkataan 'episiotomi'.

Ini adalah proses pemotongan kulit yang dibuat  pada kawasan dubur dan vagina untuk besarkan saluran lahir.

Jika suami tak tahan tengok darah, eloklah berpaling dari melihatnya.

 7. LALUI DETIK BAHAGIA 

Perhatikan setiap urat yang keluar dari permukaan kulit isteri anda. Setiap jeritan kesakitan bersalin, tentu akan buat suami menghargai pengorbanan seorang isteri.

Jadikan ini sebagai detik mengeratkan lagi kebahagiaan dalam rumahtangga kalian.

 8. POTONG TALI PUSAT DENGAN BERHATI-HATI

Kadangkala bakal ayah akan diberikan penghormatan untuk potong tali pusat anak.

Mulakan dengan 'bismillah' dan potonglah dengan lembut.

Jika suami tidak tahu nak potong bagaimana, pihak hospital akan tunjukkan panduannya. 

 9. AZANKAN ANAK 

Inilah momen paling syahdu bagi seorang suami. Saat suami mengendong anak yang baru lahir dan waktu itu bayi comel sedang menangis teresak-esak.

Suami mula mengazankan perlahan-lahan di telinga sebelah kanan dan iqamah di telinga sebelah kiri. 

 10. PRAKTIS PENGURUSAN BAYI

Waktu di hospital, jururawat akan banyak merawat isteri. Si suami jangan lihat sahaja.

Cuba ambil bahagian, tanya pada jururawat apa perlu dibantu.

Bantu dukung, sendawa, dodoi dan mandikan bayi. Semua itu akan bantu mudahkan uruskan kalian sewaktu di rumah nanti.

Semoga suami anda menjadi seorang ayah yang terbaik dalam hidup anak kalian.

SuzyHoney,
Kekuatan ayah, kebahagiaan keluarga.

Leave a Comment