The Fruit of the Angels

Posted by webmaster 09/10/2020 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

BETIK DAN CANTIK?

Siapa tidak kenal dengan buah betik.
Ia digelar bidadari kepada semua buahan atau
'The Fruit of the Angels' sebab ia sinonim sangat dengan kecantikan wanita.

Betik kaya dengan vitamin A, C, E dan K.
Dan ia mempunyai ciri-ciri anti oksida.

Ini khasiat betik yang perlu kita tahu:

1. Mampu meredakan jerawat

Iya, kalian hanya perlu sapukan kulit betik pada muka atau pes betik segar yang telah pun dilenyek.
Dengan amalan itu, kalian boleh hilangkan jerawat serta bintik hitam.

Ada asid alfa-hydroxy dalam buah ini yang dapat mengurangkan jerawat
tersebut serta melambatkan kesan penuaan.


2. Mengurangkan tompok hitam. 

Betik dicampur susu segar membentuk pes yang baik untuk kurangkan tompok hitam pada kulit.
Ia juga mampu buat kulit jadi sekata. 

Ia meningkatkan seri pada kulit dan aura kita akan keluar terpancar-pancar. Wahh!


3. Melancarkan proses penghadaman perut

Enzim betuk mampu memecahkan asid amino. Ia turut boleh menggalakkan protein kepada mereka
yang mempunyai masalah pencernaan yang lain.

Memakan buah ini boleh cegah masalah sembelit kerana kandungan seratnya tinggi.
Serat menambah cecair ke dalam najis dan memudahkan proses perkumuhan keluar dari tubuh.

Banyak lagi khasiat dari betik ini. Apa pun sekarang ni, jom dapatkan betik
dan manfaatkan ia untuk kesihatan kalian ya.

SuzyHoney, 
Sedapnya buah ni.

Leave a Comment