Daun Selom

Posted by webmaster 02/11/2020 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

Sedapnya daun selom ni.

Orang zaman dahulu memang suka makan dengan ulam yang ini.
Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica ini terkenal kat hampir
seluruh kawasan Asia termasuk di Malaysia. Kita boleh jumpa di kawasan tanah
lembap seperti paya dan tepi sungai.

Khasiat ulam ini bermanfaat seperti: 

1. Air rebusan daun selom boleh diminum sebagai penawar demam panas, demam kuning, sembelit serta melawaskan kencing.

2.  Insomnia atau masalah sukar untuk tidur ini mungkin berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati.
Petua zaman dahulu mengesyorkan untuk kerap minum secawan jus daun selom ini kerana ia dapat membantu kita untuk dapat kualiti tidur lebih baik. 

3.  Kalau kalian jenis masuk hutan macam akak, memang kena amalkan daun selom ni.
Ia bagus untuk meredakan bisul dan gigitan haiwan.

Daun dan batangnya dapat mengurangkan masalah bisul dan gigitan ular atau kala jengking. 
Caranya cuma, tumbuk lumat daun dan batangnya. Kemudian tampalkan ke tempat yang sakit.

4.  Biji selom berkhasiat dan dapat membantu menstabilkan peredaran darah.
Buah selom ini juga membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

Ada tak daun selom di dapur kalian sekarang?

Kalau takda, lekas cari segera. Cewah.

SuzyHoney,
Antara ulam kegemaran saya

Leave a Comment