Resepi Ayam Serai Grilled

Posted by webmaster 30/03/2020 0 Comment(s) Resepi,

Tengahari ini tak tahu nak masak apa? Apa kata cuba masak Ayam Serai Grilled ni. Resepi sihat ini boleh membantu anda yang sedang berdiet sekaligus boleh menguatkan sistem imun tubuh anda.

"Ayam Serai Grilled"

Bahan-bahannya:

300 gram Isi Ayam 
2 Sudu Besar Minyak Zaitun
2 Sudu Sos Ikan
2 Sudu Besar Jus Lemon
2 Sudu Besar Hirisan Serai
3 Biji Bawang Putih (dicincang)
1/4 Sudu Kecil Lada Hitam
Sedikit Garam
Sedikit Daun Ketumbar

Cara-caranya:

1. Potong ayam pada saiz yang mudah dimasak.
2. Campurkan semua bahan dalam 1 bekas kecuali daun ketumbar. Gaulkan bersama ayam sehingga rata.
3. Perapkan ayam selama 1 jam.
4. Panaskan pemanggang dan masukkan sedikit minyak zaitun. Masukkan ayam dan panggang ayam sehingga masak.
5. Setelah masak letakkan dalam pinggan dan taburkan daun ketumbar.
6. Sedia untuk dimakan.

Ayam mempunyai kandungan protein yang tinggi dan vitamin B-6 yang baik untuk pembentukan sel darah merah yang baru dan sihat sekaligus menguatkan sistem imun tubuh.

Minyak zaitun mempunyai sifat anti-radang dan kaya vitamin E yang merupakan sumber antioksidan yang baik untuk tubuh.

Sos ikan adalah sumber protein yang baik yang diperlukan oleh tubuh anda untuk membina tisu.

Lemon tinggi vitamin C iaitu antioksidan semula jadi yang meningkatkan sistem imun dan mempunyai ciri-ciri antiviral dan antibakteria. Lemon bersifat anti-radang dan boleh melegakan kesakitan sendi.

Serai berfungsi untuk menurunkan kadar kolestrol, menyingkirkan urik asid, toksin dan lemak dalam badan untuk melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan.

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih juga membantu menurunkan kolestrol di dalam saluran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Lada hitam adalah anti-radang semulajadi dan membantu mengekalkan kolon yang sihat.

Daun ketumbar membantu pencernaan yang lebih baik dan melancarkan peredaran darah.

Selamat mencuba!

#ResepiSuzyHoney

Leave a Comment