Resepi Pudding Chia Seed

Posted by webmaster 01/10/2019 0 Comment(s) Resepi,

Untuk yang sedang berdiet , agak-agak esok nak sarapan apa ya?  Apa kata kita buat pudding chia seed yang paling mudah dan simple. 

 

Malam ini sudah boleh mulakan dengan menyiapkan bahannya :

 

1 cup air atau susu atau jus buah

1/4 cup chia seeds

Sedikit plain yogurt atau flavour

Buah-buahan segar (pelbagaikan)

 

Cara-caranya:

Masukkan chia seeds ke dalam air  atau susu atau jus buah. Mengikut pilihan anda .

 

Di kacau semua sampai  larut. Kemudian masuk ke dalam bekas dan simpan ke dalam peti sejuk selama lebih dari 8 jam.

 

Selepas 3 jam pertama keluarkan dan kacau lagi elak chia seeds tergumpal di dasar bekas kemudian selepas 8 jam boleh  keluarkan dan ceduk keluar ke bekas baru. Kemudian  barulah masukkan yogurt dan seterusnya buah. 

 

Khasiat chia seed ialah antaranya ialah serat atau fiber, protin, lemak, kalsium, mangan, magnesium, fosforus, Zink, vitamin B3, Potasium, Omega 3, Vitamin B1, dan Vitamin B2.

 

Chia seed mengandungi banyak antioksidan yang menentang tanda penuaan dan kanser. Chia seed merupakan makanan rendah karbohidrat.

 

SuzyHoney

Diet sambil cantikkan kulit gitu..

Leave a Comment