Royal Belum

Posted by webmaster 02/06/2021 0 Comment(s) Petua Amalan Tradisional,

Setiap kali masuk hutan memang buat saya jadi tenang dan sentiasa teruja.

Juga setiap kali masuk setiap kali itulah pengalaman berbeza-beza yang di lalui.

Antara pengalaman manis yang pernah saya lalui ialah pada bulan March 2018 sewaktu saya ke Hutan Royal Belum,Perak

bersama Pak Kiyai yang merupakan Tok Batin yang tertua di Perkampungan Orang Asli di hutan tersebut.

Bagai masuk ke farmasi rasanya apabila Pak Kiyai menerangkan satu persatu mengenai khasiat setiap pokok

yang ada dalam hutan tersebut.  

Pengalaman mengenali dan belajar segala pokok ini dengan mata kepala sendiri sangat saya hargai dan tidak akan di lupakan. 

Sesungguhnya banyak yang Allah berikan  hikmah kepada kita sebagai makhluk dalam  pelbagai bentuk. 

Terutama melalui alam semulajadi ini.

Alhamdulillah sehingga kini saya masih berpegang kepada banyak kebaikan pokok-pokok herba dan
kebanyakan produk SuzyHoney adalah dari bahan herba semulajadi. Terutama dalam menjaga dan merawat dalaman wanita ,
untuk wanita berpantang khususnya.

SuzyHoney
Rindu nak menjelajah hutan di luar kawasan.

Nota :
Gambar pokok-pokok yang saya kongsikan hanyalah untuk rujukan kajian dan koleksi peribadi saya sahaja.

 

 

 

 

Leave a Comment