USAHAWAN BARU

Posted by webmaster 17/06/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Rata-ratanya ramai yang sudah beralih dari menjadi pekerja kepada usahawan selepas wabak COVID-19 ni melanda dunia.

Baik yang bermula sebagai dropship, affiliate, agen atau jadi stokis pengedar terus kepada sesebuah produk. Semua itu adalah petanda baik yang patut kita raikan bersama. 

Mereka ini biasanya ada pemikiran seperti ini:

 

1. TAK SUKA MELENGAHKAN MASA

Ada perut untuk diisi, ada rumah yang perlu dibayar, ada hutang yang perlu dilunaskan. 

Maka mereka ini biasanya sedar akan komitmen yang mereka pikul. Mereka cepat-cepat guna masa untuk cari duit dan lunaskan apa yang patut.

 

2. KEBERANIAN YANG BESAR

Mereka ini dah tak bersorok-sorok lagi. Mereka akan gunakan segala potensi yang ada, kerahkan kudrat yang tersisa dan laungkan kata-kata semangat bahawa "WE CAN GET THROUGH THIS (kita boleh harungi bersama-sama)".

Mereka tahu masih ada beribu peluang yang tunggu diteroka. Mereka berani belajar semula dari 0 dan mula sesegera yang boleh.

 

3. MEMANFAATKAN TEKNOLOGI YANG ADA

Hari ini, kita ada media sosial yang jadi alat berkuasa atas dunia. Ia boleh diguna sebagai mesin penjana ekonomi atau boleh jadi senjata yang menyebabkan kecelaruan dan fitnah luar biasa.

Namun mereka bijak memilih untuk memanfaatkan dengan mendapatkan pulangan ekonomi yang lumayan dari Facebook, Instagram, Telegram dan macam-macam lagi.

 

4. BERFIKIRAN POSITIF SEBELUM MULA BERBISNES

Boleh kata mereka ini tak ambil pusing kalau ada kata-kata busuk sekeliling mereka. Bukannya orang tersebut yang bayar bil kita bulan-bulan. 

Orang yang nak mula bisnes ini biasanya fikir kepada manfaat untuk diri dan sekeliling. 

Untungnya jika sentiasa berfikir manfaat dan melupakan terus hal-hal yang boleh mendatangkan mudarat.

 

5. INGIN MENGERJAKAN SENDIRI

Waktu inilah mereka yakin pada potensi diri. Tak mahu bergantung nasib pada orang lain.

Mereka sentiasa beriman bahawa Allah Maha Adil. Buktinya Allah beri semua orang 24 jam yang sama. 

Tempoh masa sama, namun bezanya adalah usaha. Dan usaha itu datang dari diri sendiri.

 

6. MENDALAMI ILMU PEMASARAN DAN PENJUALAN

Hari ini, ada bermacam cara nak belajar. Ada percuma dan ada juga yang berbayar. Yang penting kita mulakan saja.

Ilmu yang cukup penting dalam berniaga ini biasanya melibatkan pemasaran dan cara menjual.

Bagusnya hari ini, kita ada group support melalui Whatsapp, Telegram dan FB Group khusus untuk kongsi cara-cara berniaga dari A-Z.

Pilih saja produk dan Support Team yang padu-padu. Pasti akan berjaya punya.

 

7. TETAP KERJA KERAS 

Kerjalah seperti seekor singa di siang hari, kemudian tidur seperti seoran bayi malam hari. 

Pernah tak dengar kata-kata ini? Anda tengok aja singa, macamana dia punya rakusnya tu memburu binatang lain. 

 

Sungguh-sungguh benar tau.

Kemudian sebelah malam kenalah seimbangkan diri dengan berehat. Rehat paling tenang dan nyaman tengoklah macam seorang bayi. Lena je si anak kevil tu tidur.

Semua ini kalau ada dalam diri anda semua, pasti anda berjaya menempuh segala kepayahan dalam suasana ekonomi merosot ni.

 

SuzyHoney, 

Kita semua kena bangkit ya.

Leave a Comment