Semua tempahan yang dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya boleh dihantar melalui servis kurier sahaja.

PENAMBAH TENAGA IBU MENYUSU

Posted by webmaster 17/06/2020 0 Comment(s) Resepi,

Ibu menyusu banyak kehilangan tenaga pada setiap hari dan mungkin juga mengalami kekurangan susu badan yang membuatkan bayi tidak cukup kenyang. Disini ada satu resepi yang mudah dan ringkas sebagai penambah tenaga ibu yang menyusu.

 

Bahan-bahannya:

1 cawan Badam tanpa garam 

1 cawan Aprikot kering

1 cawan Kurma (dibuang biji)

 

Cara-caranya:

1. Campur semua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati dan campuran melekat.

2. Lembabkan tangan dan ambil bulatkan campuran sehingga menjadi bebola.

3. Masukkan bebola ke dalam bekas bertutup dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum makan.

4. Bebola ini boleh bertahan selama 2 minggu di dalam peti sejuk.

Badam sihat dan penuh dengan protein dan kalsium. Ramai ibu menyusu memilih untuk makan badam atau minum susu badam untuk meningkatkan rasa lemak, manis dan jumlah susu ibu mereka. Ia juga boleh membantu meningkatkan imuniti bayi anda dan tahap pemulihan anda.

Aprikot kering mengandungi fitoestrogen yang membantu menyeimbangkan hormon yang terlibat dalam penyusuan. Aprikot tinggi serat, Vitamin A, C, kalium dan kalsium yang dapat membantu pengeluaran susu.

Kurma boleh membantu tubuh anda untuk menghasilkan lebih banyak prolaktin. Prolaktin adalah hormon yang merangsang tubuh wanita untuk menghasilkan lebih banyak susu. Secawan kurma boleh membekalkan kalori yang mencukupi untuk penyusuan.

 

Selamat Mencuba!

 

#ResepiSuzyHoney

Leave a Comment