Apa sudah Jadi?

Posted by webmaster 12/11/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Buat sampai jadi!

"Akak, jalan hidup saya memang dah macam ini kak. Dah tak boleh nak ubah. Saya down kak."

Aduhai, sebak betul bila dapat ayat gini. Namun kita tak boleh terus menerus rasa down.

Jalan hidup boleh diubah dengan perancangan, usaha dan doa berterusan dik.

Namun itulah, ada orang tak percaya. Dia anggap takdir dia dah begitu sekarang.

Sehingga dia pilih untuk tak buat apa-apa.

Dia redha yang ini adalah jalan yang perlu ditempuhinya.

Redha itu boleh, namun Allah beri kita akal untuk berfikir. Allah juga kurnia kita tulang 4 kerat ini untuk tetap berusaha,

memerah segala keringat yang ada. 

Kita kena ingat satu perkara, bahawa Allah tidak akan membebani kita atas sesuatu yang di luar kemampuan kita. 

Kita sentiasa ada pilihan untuk perbaiki kehidupan kita dari hari ke hari. Kena usaha,

dekatilah circle yang positif. Ubah mindset kita, cari peluang dalam tiap permasalahan yang kita hadapi.

Kita dah takda masa untuk menyerah! Ini bukan masanya dik. Kita tiada pilihan.

Sekarang masanya untuk kita buat, buat dan buat sampai jadi.

Kehidupan kita di dunia ni cuma sekali sahaja. Kalau kita tak buat yang terbaik,

macamana kita nak mengecap yang terbaik di akhirat sana.

Itu sahaja pesan akak dik, kita buat sampai jadi! Usah down lama-lama.

SuzyHoney,
Buat sampai jadi!

Leave a Comment