Hari Potong Kuku

Posted by webmaster 17/11/2020 0 Comment(s) Coretan Suzyhoney,

Kita diwajibkan untuk jaga kebersihan.
 
Terutama anggota badan kita. Kotoran degil mudah melekat dicelah-celah kuku tangan dan kaki. 
Dalam Islam, ada aturan mengerat kuku dan hikmahnya berbeza tau mengikut hari.

Hati-hati jika memotong kuku pada hari Sabtu kerana hikmahnya dikatakan,
keluar dari tubuhnya ubat dan masuk pula sesuatu penyakit. Maka hati-hati.
Kita tidak digalakkan memotong kuku hari tersebut.

Hari Ahad pula dikatakan, keluar kekayaan dan masuk pula kemiskinan.

Hari Isnin, keluar daripada badan sebarang kegilaan dan dimasukkan kesihatan berpanjangan.

Selasa pula dikatakan keluar pula segala kesihatan dan dimasukkan pula penyakit.

Hari Rabu dikatakan, keluar daripadanya was-was dan dimasukkannya kepapaan harta.

Khamis pula, keluar daripadanya sebarang kegilaan dan dimasukkan kepadanya kesembuhan atas tiap penyakit.

Hari penghulu segala hari iaitu Jumaat pula adalah, keluar daripadanya dosa-dosa seperti
pada hari dilahirkan oleh ibu dan dimasukkan kepadanya kebesaran sebuah rahmat dari Allah SWT.

Dapat kita lihat disini, hari terbaik dan paling sesuai memotong kuku adalah pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

Banyak rupanya mudarat hari lain seperti yang dipesan oleh orang tua kita. Itu yang mereka
sentiasa sihat kerana patuh pada petua dan pantang larang masyarakat.
Semua itu bukan datang sebagai kebetulan,namun ia ada asbab untuk kita amalkan dalam kehidupan. 

Kita ikut aturan maka kehidupan kita pun senang. Kita langgar pantang larang,
maka keburukan juga yang bertandang dalam tubuh badan.

Semoga bermanfaat.

SuzyHoney, 
Petua Melayu sentiasa banyak mengikut aturan Islam.

Leave a Comment