Limau Kasturi Ais

Posted by webmaster 10/12/2020 0 Comment(s) Resepi,

Syoknya minum limau kasturi ais !

Wah , alangkah nyamannya jika dapat minum limau kasturi ais

bagi tujuan menyejukkan badan saat cuaca panas hari ini. 

Limau kasturi mempunyai aroma dan khasiatnya tersendiri. 

Selain dibuat perisa makanan, minuman dan sambal seperti jus, acar ,

jem dan jeruk ianya di percayai mempunyai  khasiat dari segi perubatan.

Akar limau kasturi ada digunakan dalam ramuan sesetengah ubat periuk yang di minum oleh ibu lepas bersalin. 

Manakala buahnya  boleh di buat sebagai jus bagi merawat badan berbau, batuk,

keletihan akibat terlalu lama berada di tempat yang panas, panas badan, sakit kerongkong.


Antara cara penggunaan buah limau kasturi

sebagai jus yang di campur dengan air dan sedikit madu lebah boleh di minum bagi merawat batuk dan sakit kerongkong.

Lagi resepi limau kasturi sebagai jus ialah dengan 3biji limau kasturi diblender secara langsung

tanpa air di amalkan di telan sebelum sarapan selama 3hari berturut dikatakan boleh menurunkan tekanan darah tinggi.

Bagi yang ada masalah panau boleh rawat dengan mengambil 1 biji limau kasturi,

bahagian kulitnya sahaja di cecahkan dengan belerang sedikit dan gosokkan kepada Kawasan berpanau tersebut.

Diulangkan sehingga hilang panau atau juga penyakit kulit yang lain.

Banyak rupanya khasiat limau kasturi yang masih tidak diketahui ya.

SuzyHoney
Syoknya minum limau kasturi ais !

Leave a Comment